'Killer Album' Dah Kuar... Satu Dalam Seribu
Travel, Places, Living, People, Event, Music, Movies, Ideas, Opinions, Perspectives... ahh... It's just a Lifestyle!!!
Saya dan Lisa sempat singgah semalam di Tasik Perdana untuk menyaksikan persembahan percuma ini setelah menonton 300 di Amcorp Mall sebelumnya. Antara artis yang membuat persembahan ialah Alif OIAM, Ayu Mentor2, BardR1 dan Jinbara. Pengacara majlisnya pula ialah seorang DJ KLfm yang saya terlupa namanya.
Alif telah menyampaikan lagu Khayal (dengan 'happening' sekali, Ain't No Other Girl (tidak kurang hebatnya - sebenarnya saya menunggu Alif nyanyi lagu "Una Noche" tuh), Kaulah Segalanya (power betul penghayatan Alif untuk lagu ini, patut juga Alif pertimbangkan lagu balada untuk albumnya nanti) & Adikku Pandai Menari (yang juga disertai oleh 3 peminat cilik - tapi yang sorang tu... macam kenal saja). Persemabahn Alif memang 'lively', penguasaan pentas ynag baik dan menghiburkan. Cuma komunikasi dengan pengacara dan penonton masih perlu dipertingkatkan. Persembahan Alif memang nampak 'gah' terutama setelah persembahan Ayu sebelumnya agak hambar. Penonton mula memberi 'respons' yang menggalakkan terutama setelah Alif turun dari pentas ke tempat duduk.
Yang ralatnya, saya tidak sempat juga berjumpa dengan geng Alif yang lain, yang ada cuma Aida @ Ditdot, Abang Satar, Kak Fiza dan adik-adik Alif. Tambahan pula saya meninggalkan Tasik Perdana semasa Bard R1 membuat persembahan kerana kami (saya dan Lisa) ada agenda lain di Jalan Conlay. Harapan saya agar ramai lagi Geng Alif yang akan turut serta jika ada persembahan percuma da pentas terbuka !!!
Sudah lama sebenarnya saya berkeinginan untuk melawat Bukit Tinggi. Selama ini gambaran Colmar Tropicale cuma mampu dilihat di dalam majalah dan akhbar sahaja. Tidak ada kesempatan sebenarnya. Lantaran ABPBH 2006 berlangsung di Genting pada 5 Februari 2007 yang lalu, maka saya mengambil kesempatan untuk mengajak Lisa, Mus dan Cute untuk 'melencong' ke Bukit Tinggi. Ternyata, rancangan kami tidak sia-sia.
Bermula jam 9.00 am saya keluar dari 'pertapaan saya' di Puncak Jalil. Kemudian singgah mengambil Cute di Kinrara-Puchong. Tiba di rumah Mus di Taman Midah, Cheras lebih kurang jam 9.45 pagi. Akhir sekali tiba di rumah Lisa di Ampang Jaya pada jam 10.15 pagi. Nasib baik trafik agak baik. Jadi kami sebenarnya masih 'on time'.
Kami tiba di Bukit Tinggi lebih kurang jam 11.00 pagi. Bersiar- siar sambil mengambil gambar di sekitar Colmar Tropicale. Ketika kami sampai pertunjukan kebudayaan sedang hangat berlangsung. Ketika itu 3 pasang penari "Portugis" tengah asyik menarik tarian mereka. Pemandangan sekitar Colmar Tropicale amat indah sekali. Selesai menjamu mata, mengambil gambar dan 'window shopping' di Colmar Tropicale , kami menaiki tram ke Japanese Garden dan juga Rumah Teh Jepun yang pertama seumpamanya di Hutan Hujan Tropika dan juga Botanical Garden. Saya sempat membeli mug Japanese Garden untuk menambah koleksi mug saya. Lebih kurang jam 1.30 petang kami turun dari Bukit Tinggi untuk menikmati makan tengahari di Genting Sempah sebelum meneruskan perjalanan ke Genting Highlands untuk menyaksikan ABHBH 2006 pada sebelah malamnya.
Yuran masuk ke Bukit Tinggi ialah RM16 seorang (merangkumi semua lokasi di atas termasuk taman arnab). Untuk mereka yang tidak tahu, Colmar juga adalah nama sebuah Bandar di Perancis. Kiranya Bukit Tinggi – Colmar lebih kurang seperti Bandar Berkembarlah… Jadi, jika ada kesempatan mengapa tidak ke sana sahaja, tak gitu?
Alhamdulillah, sekali lagi tahun ini saya dapat menonton secara live ABPBH 2006 di Arena of Stars, Genting Highlands pada 4 Februari 2007 yang baru lalu. Kali ini saya datang bersama Lisa, Cute dan Mus. Terima Kasih kepada sahabat-sahabat saya dari Berita Harian, Hijjaz Records (Muaz), Rabbani (Asri Ubai) dan Akhbar 'the Alpha' kerana telah sudi memanjangkan bukan sahaja kad jemputan majlis anugerah tetapi juga jemputan ke 'post party'.
Untuk Nish... selamat tenung lama-lama gambar Mawi tuh... :))) Kalau nak 'copy'pun saya benarkan... ahaks.
Secara keseluruhan saya lebih teruja dengan Majlis dan 'post party' tahun lalu. Ada banyak kenangan yang masih bermain di ruang fikiran seperti persembahan Kak Nita, Persembahan Diva Porpular, Ukiran Ais Batu di Post Party, terlepas bergambar dengan Mawi, jumpa Mujahid 'last minute', banyaknya makanan di 'post party' dan bayak lagi...
Untuk tahun ini.... tentunya kegagalan tahun lalu berbayar bila bukan sahaja dapat bergambar dengan Mawi, malah sempat menyakat dan sembang lagi dengan beliau. Dapat juga jumpa Siti setelah berkahwin, tengok gigi Ina Naim yang telah dicantikkan dan lagi satu... tak sangka gambar saya, Cute, Haziq dan Farhan yang di ambil oleh Abg Jep Iran (Utusan Malaysia) masuk dalam HAI !!!
Itu saja... insyaAllah, panjang umur... Jumpa lagi di Genting, 2008 !!!
p/s : untuk Bro Fadzli... TQVM kerana sanggup beli HAI setelah mendapat sms aku !!!